Jumaat, 8 April 2016

Tips Membuka 'Barrel' Pen Yang Ketat.

Kebiasaannya, apabila saya mendapat sebatang pen lama, saya mahu menggunakannya. Namun kadang-kala ia menjadi satu masalah apabila pen tidak boleh dibuka untuk memeriksa keadaan pam dan sistem pengisian dakwat seperti convertor dan snorkel. Jika sistem piston dan vacumatic lebih baik berikan kepada yang pakar.


Demi mengelakkan berlaku sebarang kerosakan seperti pecah dan retak, saya biasanya menggunakan gelang getah. Tips ini hanya bagi orang-orang amatur seperti saya yang tidak mempunyai peralatan sendiri dan hanya mahu memeriksa sahaja.


Gelang getah tadi saya ikatkan di bahagian yang ingin dibuka seperti di dalam gambar atas ini, saya ikatkan di bahagian grip. Ini adalah untuk memudahkan saya memegang grip dengan lebih ketat dan kemas. Dan pada masa yang sama bahagian grip terlindung daripada tekanan yang terlampau kuat.


Namun dalam apa juga keadaan, janganlah terlalu memaksa bimbang akan mendatangkan keburukan kepada pen. Sebelum buka pen cuba dahulu rendam pen di dalam air selama beberapa jam untuk lebih memudahkan proses. Apa-apa pun cuba tidak merosakkan pen, lakukan dengan lemah lembut dan jika boleh hantarkan kepada yang lebih pakar. Pen yang lama mempunyai nilai yang tersendiri. Berhati-hati dan saya tidak bertanggung jawab ke atas kerosakkan pen anda jika anda tidak berjaya melakukannya seperti saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan