Jumaat, 25 Disember 2015

Pen Parker 51 Saiz Demi

Pada tahun 1947, Parker memperkenalkan pen parker 51 yang sesuai untuk tangan wanita atau lelaki yang mempunyai saiz tangan yang agak kecil iaitu pen yang lebih pendek berbanding saiz normal yang lebih dikenali sebagai "demi". Pen parker 51 ini boleh dikategorikan sebagai pen antik. Di sini saya tunjukkan beberapa gambar yang menampakkan perbezaan antara saiz demi dan saiz biasa.

Sebelah atas adalah saiz demi dan bawah adalah normal. Parker 51 warna hitam.

Sebelah kiri ada saiz normal manakala sebelah kanan pula saiz demi. Parker 51 warna 'Teal Blue'

Sebelah kiri adalah saiz normal dan sebelah kiri adalah saiz demi. Parker 51 warna burgundy.

Sebelah atas adalah saiz normal manakala sebelah bawah pula bersaiz demi. Parker 51 Burgundy.

Parker 51 Demi Warna Hitam

Sebenarnya sudah agak lama saya memendam impian untuk memiliki Parker 51 yang berwarna hitam kerana saya suka pen warna hitam dan dipadankan pula dengan penutup berwarna emas, kelihatan maskulin dan elegan. Syukur saya berjaya menjumpainya. Rasanya tak perlu bagi saya untuk menceritakan lagi perihal parker 51 kerana saya pernah menceritakannya dahulu. Cuma berbeza dengan sebelum ini hanyalah warna dan saiznya. Kali ini, parker 51 ini bersaiz demi iaitu saiz yang lebih pendek sedikit berbanding dengan saiz normal parker 51.

Warna hitam dan penutup emas menjadikan pen ini kelihatan lebih lelaki dan elegan

Mata pen parker 51 ini telah saya baiki sedikit kerana ianya telah sedikit rosak ketika saya mula-mula dapatkanya. Menjadi saya baiki mata pen. Jadi seperti mata italic.

Gambar pen lengkap bertutup.

Tanpa penutup disarungkan.

Pen yang boleh menjadi rakan ketika menulis. 

Jumaat, 4 Disember 2015

Parker 75 Sterling Silver - Cisele.


Parker 75 merupakan antara model pen bagi jenama Parker yang berjaya meneruskan kegemilangan Parker. Mula dijual pada pertengahan tahun 60-an dan kekal sehingga pertengahan 80-an. Pen yang indah, sangat menyelesakan semasa menggunakannya dan mempunyai mata pen yang menakjubkan.


Ini adalah model pertama yang mempunyai corak grid dan diperbuat daripada perak padu yang menjadi suatu yang ikonik bagi jenama Parker sehingga hari ini. Parker 75 mempunyai banyak pilihan warna, material, dan mata, sepadanlah dengan tempoh masa ia dikeluarkan yang agak
panjang.


Mata pen parker 75 boleh dipusing mengikut kesesuaian pengguna dan bahagian section pula punya lekuk yang dibuat untuk selesakan penulis menggunakannya walaupun untuk tempoh yang panjang.
Mata pen tidak terlalu basah dan licin, saya suka kerana mudah untuk mengawalnya. Walaupun pen tidak terlalu panjang namun saya lebih selesa untuk tidak meletakkan penutup di hujung belakang pen semasa menulis.


Secara keseluruhannya, pen ini adalah ikonik!

Selasa, 1 Disember 2015

Sheaffer 3.25 Flat Top. The Coral Red

3.25 adalah bermaksud 3 dollar bagi harga sebatang pen ini manakala 25 pula ada jaminan selama 25 tahun jika ada apa-apa kerosakkan ia akan diganti atau dibaiki secara percuma. Pen ini dihasilkan oleh Sheaffer pada tahun 1920-an. Melihat keadaan pen ini, tidak hairan sheaffer berani memberi jaminan selama 25 tahun. Kuat, besar dan matanya masih indah, sistem pam lever filler pula mudah dibaiki.


Rekabentuk begini sememangnya popular pada ketika itu, seakan Parker Duofold. Warna merah coral merupakan warna yang sukar dicari bagi model ini berbanding warna hitam dan jade kerana sheaffer kurang memberi tumpuan terhadap warna ini walaupun Parker Duofold sangat laris dengan warna merah.


Mata pen ini boleh saya katakan bahawa ia adalah antara mata pen yang hebat. Tidak terlalu licin, saya suka yang tidak terlalu licin, lancar dan basah. Menulis dengannya bagaikan mengenang orang-orang terdahulu menggunakannya.


Secara keseluruhannya, pen ini saya boleh katakan pen lagenda.