Pertama sekali, aku ingin menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahku Badarudin Bin Abdull Aziz yang mengenalkan hobi mengumpul pen ini kepadaku. Tanpanya aku tidak mungkin akan berminat untuk mengumpul pen. Blog pen ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai pen dalam bahasa melayu agar mudah bagi para pengumpul pen mendapatkan maklumat mengenai pen dan juga merupakan proses penting bagi aku belajar lebih lagi mengenai pen. Semoga blog ini akan berjaya dan diberkati Allah.