Sebenarnya, saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk menulis panduan mengumpul pen kerana saya juga boleh dikatakan baru sahaja mengumpul pen. Apa yang saya tuliskan ini adalah perkongsian daripada pelajaran yang telah diajarkan kepada saya oleh pengumpul yang lebih senior, penjual barang antik dan peminat-peminat pen yang lain.
Hobi mengumpul pen di Malaysia tidak sama seperti di negara yang lebih besar seperti Amerika atau England. Di sana, pen-pen terutama Fountain Pen sangat diminati dan mempunyai pasaran yang lebih luas dan pasaran yang lebih stabil. Di Malaysia, peminat pen masih tidak begitu ramai walaupun dikatakan semakin meningkat bilangannya. Panduan tentang keperluan hobi mengumpul pen yang saya kongsikan ini, boleh saya katakan agak sesuai dengan persekitaran negara ini. Apa-apapun saya ingin memohon maaf terlebih dahulu jika ada kekurangan dalam post kali ini.
Minat.
Pertama sekali, yang mesti ada bagi pengumpul pen adalah minat. Apabila kita mempunyai minat yang mendalam barulah kita akan menghargai apa yang kita ada. Minat perlu diterokai sendiri oleh individu itu sendiri. Tidak perlu terpengaruh dengan minat orang lain. Ada orang meminati jenama-jenama tertentu, moden, vintage atau jenis-jenis pen yang tertentu jadi, pastikan apa yang menepati citarasa sendiri agar tidak menyesal dengan pen yang sudah dimiliki.
Pengetahuan.
Pengetahuan tentang pen tidak sukar pada zaman ini, hanya perlu cari di dalam laman sesawang sahaja. Jika dahulu, kebanyakkan pengumpul pen akan membeli buku-buku panduan tetapi kini, sudah banyak laman sesawang yang telah berkongsi ilmu dan mendedahkan maklumat mereka. Pengetahuan penting untuk mengenal tentang nilai harga, sejarah, apa yang boleh dibeli dan apa yang perlu dielakkan sebagai pengumpul pen. Selain daripada itu, group-group di dalam facebook juga sudah banyak dan sebarang persoalan boleh diajukan di dalam group dan kebiasaannya akan mendapat respon yang segera daripada orang-orang yang lebih pakar.
Kesabaran
Penting bagi pengumpul untuk memiliki sifat sabar kerana barangan yang dihajati tidak datang bergolek sendiri. Bagi penggemar pen vintage, mereka harus mencari dengan hati-hati, menunggu dan bertindak apabila perlu. Di dalam pasaran antik di Malaysia ini, pen bagaikan selingan dan tidak selalu ada, pen vintage tak banyak berbanding pengumpulnya. Bagi penggemar pen moden pula kesabaran penting bagi mengumpul wang kerana pen-pen moden di Malaysia agak tinggi harganya.
Kewangan
Hobi mengumpul pen tidaklah dikatakan memerlukan sumber kewangan yang besar dan tidaklah juga dikatakan hobi yang murah. Ianya bergantung kepada citarasa individu. Pen boleh didapati dengan harga dibawah RM10 sebatang hinggalah ribuan ringgit. Jika sukar mengawal aspek kewangan bolehlah cuba mengawal aspek citarasa. Kadang-kala kewangan bukanlah aspek utama dalam mendapatkan pen yang hebat. Berdoa dan usaha.
Keutamaan
Sengaja saya letakkan aspek keutamaan ini di akhir sekali agar mudah ia diingati. Mengumpul pen adalah hobi dan ia tidak boleh mengatasi perkara-perkara yang lebih penting. Janganlah mengumpul pen hingga melupakan tanggungjawab kepada agama, keluarga dan lain-lain yang lebih penting. Semoga hobi boleh menjana pahala.