Jumaat, 15 April 2016

Parker 45 Harlequin


Parker 45 Harlequin merupakan versi yang agak sukar dicari dalam kategori model parker 45. Ianya juga antara yang dicari-cari bagi pengumpul pen. 


Dihasilkan pada lewat tahun 1979 hingga awal era 80-an lebih kurang 4-5 tahun sahaja tempoh pengeluarannya menjadikan bilangan pen ini tidak begitu banyak di dalam pasaran. Jika ada pun mungkin harganya telah berlipat kali ganda daripada harga asalnya.


Ia hanya dihasilkan di United Kingdom Newhaven, kilang Parker di England. mempunyai dua corak iaitu 'Circlet Pattern' dan 'Shield Pattern'. Mata pen adalah daripada stainless steel dan klip serta clutch ring daripada chrome. 

Warna yang paling senang dijumpai bagi Harlequin adalah warna kelabu (kadang-kala dipanggil putih). Corak berwarna hitam sukar sedikit dijumpai dan yang paling sukar dicari adalah yang berwarna merah, hijau dan biru. 


Menggunakan pam biasa seperti pen-pen parker yang lain. Prestasinya hebat seperti mana-mana parker 45, cuma ini bagi saya adalah 'collector item', kebiasaannya kolektor tidak menggunakan pen begini dan sekadar disimpan dengan baik sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan