Isnin, 23 November 2015

Pen Rotax Germany

Ini adalah pen yang dihasilkan di Jerman dan disasarkan untuk pasaran pertengahan ke bawah. Secara amnya, pen ini dijual murah berbanding jenama-jenama hebat seperti Parker, Sheaffer, Pelikan dan Montblanc. Namun demikian, kualiti yang ada pada pen Rotax boleh dikatakan sangat bagus cuma material yang digunakan menampakkan ia seperti pen murah. Klip pen diperbuat daripada plastik dan mata pen stainless steel.

Iklan lama berkenaan dengan pen Rotax

Pen Rotax ini menggunakan sistem pengisian dakwat secara piston, sama seperti pen Jerman yang lain iaitu Montblanc dan Pelikan. Tidak mudah mempunyai masalah, sistem ini mudah dikendalikan dan tahan lasak. Namun jika rosak tidak boleh atau sukar untuk dibaiki sendiri.

Iklan pen Rotax dan pen Rotax. Iklan lithograph yang diandaikan berusia 50 tahun.

Mata pen diperbuat daripada steel dan disadur dengan emas. Namun ianya tidak bermaksud mata pen ini tidak bagus. Mata pennya pada saya lebih baik daripada kebanyakkan pen moden yang dijual murah.

Keselesaan menggunakannya boleh juga saya katakan sebagai agak bagus. Cuma yang menjadi masalah bagi saya adalah klip pen agak kelihatan kurang kukuh. Klip pen rasanya plastik dan agak nipis. Isu ini menyebabkan saya kurang menggunakannya kerana bimbang ia akan terpatah. Pasti sukar mencari gantinya.


Secara keseluruhannya, pen ini bagaikan bahan sejarah yang menunjukkan alat tulis bagi orang kebanyakkan di negara ini. Kualiti dan prestasi pen bagus dan tidak membuatkan pengguna terlalu merasakan beza yang terlalu ketara antara Rotax dan Parker.

Khamis, 5 November 2015

Parker Duofold Demi

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang untuk menulis menggunakan pen parker idaman saya iaitu parker duofold. Warna hitam dengan kemasan saduran palladium. Walaupun pen yang saya gunakan ini bersaiz demi atau pendek sedikit berbanding parker duofold international ia tidak mengurangkan rasa keterujaan saya untuk menulis menggunakannya.

Pen parker duofold demi ini mula dibuat pada tahun 2008 dan hanya bertahan beberapa tahun sahaja kerana kurang sambutan daripada pembeli. Harus difahami, walaupun saiznya kecil namun perbezaan harga dengan parker duofold tidaklah begitu ketara, jadi pastinya pembeli akan membeli duofold international sahaja. Namun ada juga baiknya kerana apabila sesuatu model itu tidak mendapat sambutan, ia cenderung untuk menjadi sukar untuk dicari pada masa akan datang.

Pen ini dibuat dengan sangat teliti dan saya difahamkan ianya melalui pelbagai peringkat dan proses pembuatan daripada setiap aspek. Diperbuat daripada plastik acrylite yang berkualiti dan bermutu tinggi, ia kelihatan sangat kemas dan cantik. 

Mata pen diperbuat daripada emas 18k dan mempunyai ukiran cantik yang mempesonakan. Prestasi mata pen tidak menghampakan dan setanding dengan nilai seni yang terukir di mata pen. Aliran dakwat yang keluar daripada mata pen sangat lancar dan konsisten. Tip di hujung mata pen dibuat dengan kemas. Sangat berpuas hati.

Saiz demi bukanlah sesuatu yang tidak menarik. Tidak terlalu pendek dan apabila penutup pen diletakkan di hujung belakang pen ia akan menghilang ingatan saya yang saya sedang menggunakan pen bersaiz demi. Apabila saya tidak meletakkan penutup pen di belakang pen ia tidaklah terlalu memberi kesan semasa menulis. Cuma, apabila kita sudah terbiasa dengan pen yang panjang kita akan berasa kekok apabila melihat dan membeleknya. Daripada aspek keselesaan tidak terlalu memberi kesan terhadap saya kerana jika saya mahukan ia panjang saya akan letakkan penutup di belakang pen. Diameter pen sama dengan saiz duofold international.

Apabila bercakap tentang saiz ia tidaklah terlalu pendek seperti sheaffer agio compact. Lebih kurang sama dengan pen poket pilot.

 Sistem pengisian dakwat bagi pen parker duofold ini hanya menggunakan katrij sahaja. Tiada convertot yang muat. Saya sudah cuba daripada pelbagai jenama, tiada yang padan. Oleh kerana saya suka menggunakan convertor saya usahakan juga untuk mencari jalan agar saya dapat menggunakan convertor. Akhirnya saya dapat juga menjumpai convertor yang sesuai apabila saya memotong hujung pam parker. Alhamdulillah.

Pen yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Ada sebab mengapa ianya dikatakan sebab flagship range bagi jenama parker.

Selasa, 3 November 2015

Fountain Pen Saiz Gergasi keluaran Walker Pen.

Pen yang sangat besar ini adalah keluaran syarikat Itali dengan jenama Walker. Jarang untuk menjumpai pen yang besar seperti ini, dan menjadikannya lebih menarik adalah ia boleh digunakan untuk menulis seperti fountain pen biasa.

 Perbandingan saiz antara pen Walker dan pen Waterman.

Pen ini boleh digunakan untuk menulis. Bukan sekadar pameran atau hiasana sahaja.

Mata pen dibuat oleh Walker. Ada juga ditulis Iridium di bahagian sebelah lagi mata pen.

Pen ini menggunakan sistem katrij. Katrij yang digunakan adalah lebih kecil berbanding katrij sheaffer dan parker.

Ahad, 1 November 2015

Waterman Expert, Waterman Expert 3 dan Cross Century

Perbezaan antara hasil tulisan antara ketiga-tiga pen. Pada saya memang sedap menulis dengan pen Cross tapi memang selesa memegang Waterman Expert. Waterman Expert 3 lebih baik hasil tulisannya dengan mata saiz f.