Pen parker duofold demi ini mula dibuat pada tahun 2008 dan hanya bertahan beberapa tahun sahaja kerana kurang sambutan daripada pembeli. Harus difahami, walaupun saiznya kecil namun perbezaan harga dengan parker duofold tidaklah begitu ketara, jadi pastinya pembeli akan membeli duofold international sahaja. Namun ada juga baiknya kerana apabila sesuatu model itu tidak mendapat sambutan, ia cenderung untuk menjadi sukar untuk dicari pada masa akan datang.
Pen ini dibuat dengan sangat teliti dan saya difahamkan ianya melalui pelbagai peringkat dan proses pembuatan daripada setiap aspek. Diperbuat daripada plastik acrylite yang berkualiti dan bermutu tinggi, ia kelihatan sangat kemas dan cantik.
Saiz demi bukanlah sesuatu yang tidak menarik. Tidak terlalu pendek dan apabila penutup pen diletakkan di hujung belakang pen ia akan menghilang ingatan saya yang saya sedang menggunakan pen bersaiz demi. Apabila saya tidak meletakkan penutup pen di belakang pen ia tidaklah terlalu memberi kesan semasa menulis. Cuma, apabila kita sudah terbiasa dengan pen yang panjang kita akan berasa kekok apabila melihat dan membeleknya. Daripada aspek keselesaan tidak terlalu memberi kesan terhadap saya kerana jika saya mahukan ia panjang saya akan letakkan penutup di belakang pen. Diameter pen sama dengan saiz duofold international.
Apabila bercakap tentang saiz ia tidaklah terlalu pendek seperti sheaffer agio compact. Lebih kurang sama dengan pen poket pilot.
Sistem pengisian dakwat bagi pen parker duofold ini hanya menggunakan katrij sahaja. Tiada convertot yang muat. Saya sudah cuba daripada pelbagai jenama, tiada yang padan. Oleh kerana saya suka menggunakan convertor saya usahakan juga untuk mencari jalan agar saya dapat menggunakan convertor. Akhirnya saya dapat juga menjumpai convertor yang sesuai apabila saya memotong hujung pam parker. Alhamdulillah.
Pen yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Ada sebab mengapa ianya dikatakan sebab flagship range bagi jenama parker.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan