Setelah saya beli pen ini, saya cuci, kilatkannya dan perbetulkan keadaan mata pen supaya ia boleh menulis kembali. Ia berjaya, pen ini memang boleh terus menulis, inshaAllah.
Rekabentuk pen ini sangat sinonim dengan jenama Cross. Boleh dikatakan jika dilihat dari jauh sekalipun pen ini terselit di poket baju kemeja orang boleh kenal ia adalah pen cross. Klip pennya terletak ke bawah sedikit berbanding pen jenama lain dan hujung pennya akan terkeluar lebih sedikit dan bentuk unik penutupnya membuatkan tidak sukar orang mengenalinya. Gold filled pen Cross boleh dikatakan bagus dan tahan lasak, kebiasaan bagi pen Cross, ia akan mempunyai gold filled yang baik walaupun ia sudah berusia puluhan tahun kecuali jika ia terjatuh atau calar.
Kualiti mata 14k pen Cross ini boleh dikatakan sangat baik bagi saya. Licin, lancar, basah dan lembut apabila terkena permukaan kertas. Antara mata pen yang sangat saya sukai.
Secara keseluruhannya, pen yang baik. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin hanya memiliki sebatang pena sahaja. Tak perlu mencari yang lain jika ia sudah cukup memuaskan hati.
Kebaikan dan kelemahan pen ini saya senaraikan menurut pandangan saya sahaja. Penilaian setiap orang berbeza dan subjektif.
Kebaikan.
1. Mata yang berkualiti dan memuaskan hati.
2. Rekabentuk klasik Cross yang tak lapuk dek zaman.
Kelemahan.
1. Pen ini menggunakan katrij dan sukar untuk mendapatkan pam yang sesuai kerana saiz badan pen yang agak slim.
2. Badan pen yang slim mungkin tidak sesuai bagi pengguna yang bertangan besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan