Isnin, 28 Mac 2016

Parker 51 Mark 1.


Parker 51 merupakan pen kegemaran saya. Jarang ada masalah, kualiti pembuatannya, sejarah dan kepuasan menggunakannya. Jadi tidak hairanlah jika saya begitu teruja apabila ditawarkan dengan sebatang pen parker 51 versi awal yang dikenali sebagai mark I. Ada dua cara mudah untuk membezakan samada parker 51 itu mark I atau mark II iaitu pertamanya dengan melihat kepada sistem pengisian dakwatnya. Mark I menggunakan sistem vacumatic manakala mark II menggunakan sistem tiub sac. Keduanya pula dibahagian badan mark I biasanya mempunyai kod dan tulisan info pen.


Dari segi prestasi mark II lebih lasak dan memuaskan kerana sistem vacumatic bukanlah sistem pengisian dakwat yang lasak dan tahan lama, ia mudah rosak. Cuma keistimewaannya adalah dari aspek sejarah dan pengumpul barangan antik memang minat sejarah. Mark I ibarat lambang kepada proses awal kelahiran parker 51 yang bermula dari 1942 hinggalah 1948. Jika dilihat dengan lebih mendalam, mark I mempunyai versi yang lebih awal iaitu tahun-tahun pertama parker 51. Yang itu saya belum dapat lagi, jadi tak boleh nak cerita panjang.


Mengikut bacaan saya, ketika tahun-tahun 1942 hinggalah 1948 di Malaya bukanlah suatu tempoh yang mudah. Ia adalah tempoh sukar, tempoh perang dan selepas perang dengan pelbagai ancaman. Waktu itu, pen bukanlah suatu keutamaan bagi rakyat biasa. Pen adalah senjata bagi golongan terpelajar dan golongan penuntut kemerdekaan malaya. Memiliki sebatang pen yang indah dari era 40-an bagaikan memegang secebis sejarah. Alhamdulillah. Pen ini menakjubkan bagi saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan