Sebenarnya sudah beberapa minggu saya berjaya mendapatkan botol dakwat bersaiz besar ini namun tidak saya selitkan di dalam blog kerana pada awalnya saya merasakan tidak berkaitan dengan hobi mengumpul pen. Namun rasanya tidaklah menjadi kesalahan jika saya ingin berkongsi minat tentangnya..dan menjadi kebiasaan bagi peminat pen meminati botol dakwat. Botol dakwat yang besar pula sukar untuk dicari pada masa kini.
Sila pastikan jika anda membeli secara pos, penjual berkenaan memang mahir dalam membungkus barangan kaca. Terima kasih kepada penjual ini. Cara dia membungkus botol dakwat ini kita tahu dia ikhlas untuk menjaga keselamatan botol ini.
Swan Mabie Todd merupakan syarikat pengeluar pen dan dakwat yang terkemuka dan mula ditubuhkan pada tahun 1860.
Pada tahun 1956, Syarikat ini telah ditutup. Maka botol dakwat ini dihasilkan sebelum tahun 56 lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan