Sabtu, 31 Oktober 2015

Waterman Expert 1.

Ini adalah antara pen terawal yang dibeli ketika mula mengumpul pen. Beli di sebuah kedai antik. Ketika itu ilmu tentang pen cetek dan pen juga susah untuk dicari kerana kurang kenalan dan tidak tahu di mana mahu mencari pen.


Pen waterman expert 1 ini mula dihasilkan pada penghujung tahun 80-an dan bertahan sehingga hari ini, walaupun berlaku beberapa perubahan terhadap rekabentuk, bahan buatan dan sebagainya untuk terus berada di dalam pasaran pen. Ada 3 versi bagi model ini dan setiap versi mempunyai perbezaannya. Pen ini adalah versi yang terawal bagi model expert.


Rekabentuk pen ini tidak banyak beza dengan versi yang terbaharu. Sedikit kemasan seperti logo di penutup, tulisan jenama waterman sambungan di bahagian barrel dan section serta corak di mata pen sahaja yang berbeza. Namun disebabkan bahan buatan bagi versi pertama ini diperbuat daripada bahan plastik, pen ini dirasakan agak ringan dan tidak begitu memuaskan ketika menggenggam pen ini.


Mata pen dirasakan agak basah dan terpaksa menulis dengan cepat berbanding biasa. Selain daripada itu, ia baik sahaja. Lancar dan licin. Perlu menggunakan kertas yang berkualiti untuk menulis dengannya kerana jika tidak ia akan merosakkan kertas akibat dakwat yang segera kembang.


Secara keseluruhannya, pen ini baik sahaja. Ianya mempunyai rekabentuk yang sangat sesuai untuk lelaki. Pada saya versi ketiga banyak perubahan yang baik dan lebih memuaskan hati saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan