Parker 51. Insignia / Signet.
Parker 51 adalah model fountain pen yang paling banyak dijual dalam sejarah fountain pen. Tiada fountain pen yang dijual lebih daripada model 51 ini. Belum lagi. Ia diperkenalkan pada tahun 1941 di USA dan menjadi fenomena. Rekabentuk yang berbeza dan kualiti yang hebat. Ia menjadi sesuatu yang sangat ingin dimiliki oleh setiap orang pada ketika itu.
Kini parker 51 sudah tidak dihasilkan lagi. Namun begitu, kita masih berpeluang untuk memilikinya jika kita rajin dan pandai mencarinya. Bagi peminat pen, cubalah memilikinya sebatang untuk menikmati rasa kehebatannya.
Rekabentuk pen ini ringkas sahaja, bujur di kedua-dua muncung. Penutup pen hanya perlu ditarik sahaja dan bukannya dipusing. Mata pen tersorok di bawah muncung pen. Ini semua tidak ada pada rekabentuk pen sebelumnya. Sesuatu yang baru ketika era 40an. Saiz dan berat pen sangat sesuai untuk pengguna lelaki dan memang pen ini menampakkan ciri-ciri maskulinnya.
Mata pen bagi Parker 51 ini hebat, lembut, licin dan basah. Memang menarik!
Secara keseluruhannya, pen ini mempunyai kehebatan dari segi sejarahnya, kecantikkannya dan kualitinya. Tak banyak pen yang punya ketiga-tiga tarikan sebegini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan