Pen Sheaffer Cadet merupakan model pen yang dihasilkan untuk memenuhi pasaran pen yang berharga rendah pada tahun 1950-an, sezaman dengan keluaran sheaffer snorkel. Sheaffer Cadet 23 pula adalah model yang lebih baik daripada Cadet biasa. Ianya dihasilkan pada tahun 1961 hingga 62, hanya 2 tahun pengeluaran menyebabkan pen ini menjadi salah satu model yang jarang dijumpai di dalam pasaran. Apa yang membezakan Cadet biasa dan Cadet 23 adalah mata pennya. Syukur saya dapat merasai kualiti tulisannya.
Walaupun pen ini sudah lama dalam simpanan namun baru beberapa hari ini dapat saya baikinya. Saya hanya menggantikan Sac atau tiub pen namun tidak dapat lagi membaiki keseluruhan sistem pengisian dakwat. Tetapi itu sudah cukup untuk membuat ia boleh mengisi dakwat seperti biasa cuma tidak canggih seperti yang sebelum ia rosak.
Rekaan pen ini ringkas dan menonjolkan identiti Sheaffer hampir sama seperti rekaan Sheaffer Snorkel, Balance dan TM. Agak ringan memegang pen ini. Ini mungkin disebabkan pen ini diperbuat daripada plastik dan sistem pengisian dakwatnya iaitu Tip-Dip tidak mempunyai terlalu banyak komponen seperti sheaffer snorkel. Ringannya pen ini sangat padan dengan kelembutan dan kelicinan mata pennya. Sebentar lagi saya akan ulas lebih lagi tentang matanya. Bahagian section pen yang sama warna dengan badan pen menjadikan pen ini lebih ringkas tapi pada masa yang sama lebih unik berbanding model sheaffer yang lain. Kebanyakkan model sheaffer lain mempunyai section berwarna hitam.
Perbandingan saiz antara Sheaffer Snorkel dan Cadet 23
Mata pen Cadet 23 ini agak luar biasa. Lembut seperti mempunyai spring di hujung mata. Bukanlah seperti mata pen fleksibel namun kelembutan matanya hampir sama. Licin dan smooth malah lebih baik dari beberapa batang pen yang modelnya dijual lebih mahal. Dibuat daripada emas 14 karat dan mempunyai tanda '23' di bahagian mata pen.
Pen yang bagus daripada Sheaffer. Saya mengambil masa bertahun untuk mengetahui yang pen ini bagus dan ianya berbaloi untuk saya menyimpannya bertahun sehingga saya dapat membaikinya dan menulis dengannya.
Assalamualaikum tuan,
BalasPadamSeronok baca review Fountain Pen dlm blog tuan...
nk minta suggestion untuk fountain pen beginner...
saya tengah survey Lamy or Parker Sonnet...
mana lg okey pada pendapat tuan?
waalaikumsalam.
PadamTerima kasih. Harap dapat memberi manfaat. Pada saya, Parker Sonnet adalah pilihan saya. Kerana beratnya, kualiti mata dan feed agak memuaskan hati saya. Lamy juga tidak kurang hebatnya namun kerana keterbatasan saya dalam mengenal jenama Lamy membuatkan saya tak pandai untuk menerangkan kelebihannya. Saya pernah menggunakan Lamy Vista. Harganya lebih murah dari Parker Sonnet tetapi saya lebih suka menggunakan parker sonnet kerana keselesaan semasa menggunakannya. Lamy Vista juga selesa tetapi agak ringan sedikit, mungkin tuan boleh cuba Ada juga pen Lamy yang mendapat pujian ramai seperti Lamy 2000 tetapi ianya lebih mahal dari parker sonnet. Untuk kepastian dan lebih selamat, tuan kena cuba dahulu keduanya di kaunter jualan pen.
Terima Kasih,
BalasPadamsaya baru sahaja dapatkan Pilot Metropolitan sebagai pen fountain pertama saya. Amat bagus untuk pengguna baru sperti saya, masih banyak yang saya perlu pelajari dalam bidang fountain pen ini.
Tahniah! Pen pilot metropolitan selalu mendapat pujian ramai pengguna. Selalulah menggunakannya.
Padam