Jumaat, 4 Disember 2015

Parker 75 Sterling Silver - Cisele.


Parker 75 merupakan antara model pen bagi jenama Parker yang berjaya meneruskan kegemilangan Parker. Mula dijual pada pertengahan tahun 60-an dan kekal sehingga pertengahan 80-an. Pen yang indah, sangat menyelesakan semasa menggunakannya dan mempunyai mata pen yang menakjubkan.


Ini adalah model pertama yang mempunyai corak grid dan diperbuat daripada perak padu yang menjadi suatu yang ikonik bagi jenama Parker sehingga hari ini. Parker 75 mempunyai banyak pilihan warna, material, dan mata, sepadanlah dengan tempoh masa ia dikeluarkan yang agak
panjang.


Mata pen parker 75 boleh dipusing mengikut kesesuaian pengguna dan bahagian section pula punya lekuk yang dibuat untuk selesakan penulis menggunakannya walaupun untuk tempoh yang panjang.
Mata pen tidak terlalu basah dan licin, saya suka kerana mudah untuk mengawalnya. Walaupun pen tidak terlalu panjang namun saya lebih selesa untuk tidak meletakkan penutup di hujung belakang pen semasa menulis.


Secara keseluruhannya, pen ini adalah ikonik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan