Ahad, 10 Januari 2016

Pen Harianku.

Buat masa sebulan dua ini, pen-pen yang sering saya gunakan dan bawa ke mana-mana adalah seperti berikut:-

Dari sebelah kiri, pilot short, parker duofold, parker vacumatic, parker 75, parker 51 dan waterman expert 3.

Pilot Short : Pen ini adalah pen belasahan saya, banyak digunakan untuk menconteng, melukis dan menulis pendek-pendek. Bermata halus iaitu ef sangat sesuai untuk melukis garis-garis halus. Juga tahan lasak.

Parker Duofold Demi : Pen ini digunakan untuk urusan rasmi kerja. Sahaja dibawa kerana ia mengingatkan kadang-kala rezeki yang Allah beri memang tidak disangka. Oleh itu sentiasalah bersyukur.

Parker Vacumatic : Pen ini digunakan untuk menulis diari, puisi atau apa-apa yang beremosi, ia sangat sesuai! Pen yang indah memberi perasaan yang indah.

Parker 75 Sterling Cisele : Pen ini digunakan untuk menulis nota, menyalin petikan panjang atau apa-apa sahaja yang panjang kerana ianya sangat selesa digunakan. Paling selesa bagi saya.

Parker 61. Pen ini baru sahaja saya dapat, jadi ia bukanlah pen yang selalu digunakan. Cuma interframe sahaja.

Waterman Expert 3. Pen hadiah dari isteri ini digunakan untuk pelbagai tulisan. Pen moden yang paling best.

3 ulasan:

  1. Assalam nak tanya , pen jenis mcm mne sesuai untuk kerja2 formal utk suami sy dan brand ape y ink nyer boleh refill dan boleh ukir nama pada pen itu? Boleh bg cadangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. warisan gaya baru16 Februari 2016 11:47 PTG
      Maaf kerana lambat menjawab. Saya menggunakan fountain pen sebagai pen harian saya dan saya selesa dengannya. Banyak pen yang ada di pasaran mudah untuk mendapatkan dakwatnya. Cuma jika kita beli pen-pen yang mahal seperti montblanc agak sukar untuk membeli dakwatnya kerana ianya kebanyakannya dijual dibutiknya sahaja. Jika jenama parker, sheaffer, waterman, pelikan dan lain-lain tidak ada masalah. Semua pen boleh ditulis nama. Tapi lebih baik jika ditulis oleh agennya..jika mereka salah buat boleh ganti kalau tak silap. Boleh tengok di Parkson. Saya boleh beri cadangan waterman expert atau parker sonnet.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam